Sunday, December 4, 2011

Popup Like Facebook di Blog


Sejak kebelakangan ini, banyak juga blog yang ada meletakkan popup like facebook yang kelihatan seperti cuba memaksa pembaca/pengunjung untuk like facebook fanpage mereka. Kalau tidak like, pembaca/pengunjung perlu tunggu beberapa saat sehinggalah popup tu hilang. Jadi apa yang anda akan lakukan bila terjadi perkara seperti ini?



Saturday, August 20, 2011

Font Sesuai Untuk Blog?

Font menjadi salah satu masalah yang besar bagi blogger. Ada segelintir blogger yang memasang font yang di matanya nampak comel, bukan font yang mudah untuk pembaca baca. Font yang jenis mudah dibaca pula banyak jenisnya. Font apakah yang anda rasa sesuai untuk sesebuah blog?

Adakah Arial?
Adakah Courier New?
Adakah Times New Roman?
Adakah Verdana?



Topik oleh Jihah

Monday, August 15, 2011

Lagu Autoplay di Blog?

Lagu autoplay adalah lagu latar belakang yang berkumandang secara automatik di sesebuah blog. Ada yang menggunakan widget Youtube, ada juga yang menggunakan widget dari Fullmusik dan Widget Index.

Banyak sudah blogger yang buat entry tentang bahana autoplay ni, tetapi entry-entry tersebut seperti tidak memberi kesan kepada blogger-blogger yang meletakkan lagu di dalam blog mereka ini. Adakah mereka tidak tahu ramai blogger dan pembaca tidak suka pada autoplay? Atau mereka hanya mengendahkannya kerana mereka sendiri nak dengar lagu tersebut a.k.a syok sendiri?

Jadi, luahkan pendapat anda tentang autoplay di ruangan komen supaya mereka dapat membacanya. Atau semudah undi pada poll di bawah untuk mengeluarkan fakta baru, dan mudah bagi blogger lain untuk rujuk.