Monday, August 15, 2011

Lagu Autoplay di Blog?

Lagu autoplay adalah lagu latar belakang yang berkumandang secara automatik di sesebuah blog. Ada yang menggunakan widget Youtube, ada juga yang menggunakan widget dari Fullmusik dan Widget Index.

Banyak sudah blogger yang buat entry tentang bahana autoplay ni, tetapi entry-entry tersebut seperti tidak memberi kesan kepada blogger-blogger yang meletakkan lagu di dalam blog mereka ini. Adakah mereka tidak tahu ramai blogger dan pembaca tidak suka pada autoplay? Atau mereka hanya mengendahkannya kerana mereka sendiri nak dengar lagu tersebut a.k.a syok sendiri?

Jadi, luahkan pendapat anda tentang autoplay di ruangan komen supaya mereka dapat membacanya. Atau semudah undi pada poll di bawah untuk mengeluarkan fakta baru, dan mudah bagi blogger lain untuk rujuk.




20 comments:

Khuzrin Kamarudin said...

Hahahaa.. ada jugak yang patut tu...

Buat semak lah lagu-lagu ni... (-_-")

Cipina said...

Dah la autoplay, dah tu letak video tutorial pulak. mana satu nak dengar?

simple solution = pangkah teros

Raden said...

mute sound je...

Fairuz Zainal said...

bodoh gile blog sape buat mcmni. kbai

an nyek said...

patut?? giler ke hape...nak membunuh org ke ape..hehe

adrinaqamarina said...

dye letak lagu yang dye suka, kalau yang orang lain tak suka lagu tu macam mana? memang lah suka hati dye tu blog dye tapi suka hati kitorang jugak la kalau tak masuk. hohoho.


sape buat patot tu mesti sengaja je kan? hahaah

Anonymous said...

dulu aku penah letak tapi bila aku pikir balik. ntah readers suka x lagu yg aku suka ni.

aku pun delete trus!

Budak Ungu said...

lagu kalu nk letak tu biarla slow skit volume... takpun jgn letak auto play..rimas telinga cik kiah sbelah rumah mndengarnye.ahhaha

OmmaWany said...

buat memokak jo...

Ain Shdn said...

bagi aku, terpulang nak pasang lagu tapi pemilihan lagu sangat penting. kalau pakai lagu mcm nak pecahkan menara tuh, remove. hahaha. >_<

Unknown said...

xyah letak.nak dengar lagu pasang kat telinga sendiri.orang dtg blog nak bace entri,bukan dgr lagu.menyemak.

FaRaH_fUnKa_WeIrD !! said...

kesah hape...saje nk wt owg xtdow bile bukak belog kite...ngiahhahah :DD

jemu said...

Tak yah autoplay. Kalau BATAK sangat lagu, buat yang boleh pause pastu letak kat atas sekali. So, orang masuk boleh pause terus!

Azza Azman said...

kalau kitorang nak dengar lagu, kitorang bukak youtube..

Uиᗪᴇя ThΣ ♏istlᴇtoᴇ said...

ok ltk lagu autoplay,,tpi ltk la yg boleh stop...kalau ltk lagu autoplay x leyh stop..baik kluar je..kalo bley stop terserah pada reader suke ke x nak dgr

kisah hati said...

kalau entry ni dh bnyak, nak promote kat fb..wat la byak2 ag ayeem..hehe

kisah hati said...

kalau entry ni dh bnyak, nak promote kat fb..wat la byak2 ag ayeem..hehe

Ila9591 said...

blog sndiri un ak da mls nk bukak..
nk remove lgu lg mls..
hehe ^^

Nana said...

tp kdg2 mereka letak lagu yg kita xpenah dgr,tp best..bagus jugak tuu ektuali.

Ayi Zulaikha said...

klau tak autoplay, blh diterima lagi, huhu